1.8.09

Hairi Juara Pertama Anak Wayang!

posted by Elena ♥ at 1.8.09


PUTRAJAYA, 1 OGOS 2009: Dengan persembahan terbaik dan memenuhi ramalan ramai pihak, anak jati Kedah, Mohd Hairi Safwan Aznan, 21, atau Hairi berjaya menjadi juara pertama Anak Wayang.


Hairi menewaskan saingan terdekatnya, Hafiz atau nama sebenarnya, Hafiz Halim, 21 yang berasal dari Selangor dalam pertandingan akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia baru berakhir tengah malam tadi.


Hairi meninggalkan Hafiz dengan peratus undian sebanyak 58 peratus dan Hafiz pula sekadar 42 peratus.


Dengan kejayaan itu, Hairi berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Honda Jazz bernilai RM109,800, peluang berlakon 60 episod drama di Astro, 2 tiket penerbangan ke Los Angeles, sebuah kamera Canon Model FS21, rawatan kecantikan Aster Spring selama setahun, wang tunai RM10,000 serta trofi sumbangan Astro.

Manakala Hafiz pula memenangi TV LCS 42 inci, wang tunai RM5,000, sebuah kamera Canon model DC420 dan trofi sumbangan Astro.


"Syukurlah rezeki memihak kepada saya. Terima kasih kepada semua yang telah banyak menyokong saya sepanjang bertanding dalam Anak Wayang. Saya terharu kerana segala usaha keras serta didikan tenaga pengajar telah membuahkan hasil," jelas Hairi.


Pentas final Anak Wayang yang dipancarkan secara langsung di Astro Ria, Saluran 104 malam tadi seperti biasa menjemput Rashid Sibir dan Nasha Aziz sebagai pengkritik tetap selain Erra Fazira sebagai juri undangan.


Pertarungan hebat antara 2H ini dibantu oleh pelakon jelita, Zarina AF2 menerusi segmen rakaman klip drama yang telah menjalani rakaman di Port Dickson. Mereka turut mendapat sokongan pelakon Aaron Aziz dan Fouziah Gous bagi sesi layar hijau manakala segmen lakonan spontan monolog pula dibantu penyampai Riuh Pagi ERA, Hj Aznil Hj Nawawi dan Din Beramboi.

Sementara itu di awal pertandingan, mereka berdua diwajibkan berlakon monolog hasil nukilan Namron. Hairi memulakan lakonan monolog bertajuk Lembu. Hafiz pula kreatif dan bersahaja dalam monolog yang diberi nama VVIP. Selain lakonan, pembukaan pentas dimulakan persembahan memukau Ning Baizura dalam lagu Drama dan Fame.



aku dapat berita ni daripada www.murai.com.my
memang aku selalu pergi ke website tu kalau nak dapat berita tentang rancangan tv realiti..
siapa yang tersingkir, siapa yang menang. semua dapat dari situ.
and aku rasa...Hafiz atau Dayana patut jadi juara.
apa-apa pun, tahniah dan syabas kepada Hairi ^_^
semoga berjaya pada masa akan datang...!

p/s: Ryan Higa tetap THE BEST :D:D

0 comments. on "Hairi Juara Pertama Anak Wayang!"

Post a Comment