23.3.09

"Tengoklah macam mana selepas cuti"

posted by Elena ♥ at 23.3.09
Itulah antara ayat yang terakhir diucapkan oleh En. Anuar kepadaku dan beberapa rakan yang lain. Seorang guru KH yang berpengalaman dan telah lama mengajar di SK Seafield, merupakan salah seorang guru kesayanganku, menghembuskan nafasnya buat kali terakhir pada malam semalam. Beliau diserang sakit jantung ketika melawat ayahnya yang sakit di ICU. Sedih :( Beliau seorang yang kelakar dan tidak pernah membuat kita jemu. Terkejut apabila ku dengar berita ini daripada Pn. Azlina sebelum memulakan sesi pembelajaran kelas 6 Rajin, mata pelajaran BM (Segar Minda) pada pukul 7 pagi tadi.
Allah lebih menyayangi cikgu...

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...

Kepada orang orang Islam, sedekahkan lah...
-Al Fatihah-

0 comments. on ""Tengoklah macam mana selepas cuti""

Post a Comment