18.5.09

Auuuuchak >.<

posted by Elena ♥ at 18.5.09
Hello,
Aku baru balek dari berniaga!!! Teramat lega kerana hari ni tak ada homework. Kerja aku pada malam nanti hanya membaca buku. Aku terlupa solat Zuhur tetapi aku dah qada'...=D
Aku bermain banyak ngan kakak2 yg teramat sewel dan Firdaus =3
Kemudian kitorang gi padang nak jual ais-krim buatan Kak Khaleeda ngan Sirap Limau buatan mak aku.
Sambel tu, maen laaa bola sepak gune bola Boboy (Zulfadhli, darjah 5)
Pastu, Danial datang. Kita maen lagi!!!
"Hancur hati bila dikau menjauhkan diriii..."
Ek...sorry!!! Ternyanyi =.=" Ari ni lagu lagu ngan lagu jeee keje aku =.="""
Hancur hati bila Danial tak bawak duet =.="
Haihh...takpe...dia tolong kitorang jual air dan ais-krim.
Andddd...ganjarannya sebenarnya 2 ais-krim sahaja, tapi dia memandai-mandai ambik sirap limau!!! Tak cukop lagi, dia gi refill =.="
Bankcrupt aaa...
Out of 9 cups, dapat jual 8 so RM 8 lah kitorang dapat.
Mak aku cakap, bahagikan antara aku dan Atira so setiap sorang RM 4.
Aku sempat lagi ambik 2 ais-krim bandong (hutang dahulu)
Balek rumah je...basoh kaki dan bukak computer.
Mak aku suruh aku gosok tudung.
Aku tak nak. Bukan nak berdegil tapi aku dah serik pegang iron. Nak tahu kenapa???
Macam ni ceritanya...


Sehari sebelum Kem Insaniah, aku diminta untuk menggosok baju kurung aku CEPAT.
Aku pown masok bilek kakak aku, bukak air-cond (pantang kalau menggosok tak bukak air-cond =P), bukak switch iron dan aku bentangkan baju kurong tu atas ironing board.
Aku ni, bukannya pandai tengok kepanasan iron tu lalu aku pown gosok laaa. Gosok punya gosok, bila aku pegang baju kurung, terasa panas.
Aku sambong menggosok di bahagian lengan.
Bila aku angkat iron....... adalah...satu lubang bulat yg cacat menjelma kat lengan tuh.
Aku panik....cepat-cepat tutup iron and keluar rumah.
Aku panggel mak aku yg sedang menyiram pokok...
"Mama...Ena tengah gosok baju. Tiba-tiba bila Ena angkat, dah ada lubang" sambel menunjukkan muka yg teramat amat innocent yg aku tak pernah buat selama ini.
Aku tanya walaupun aku tahu punca kenapa lubang tu ada.. =.="
Mak aku marah. Hadehh...mak aku masok bilek kakak aku...
Aku tanya...kenapa macam tu (walaupun aku dh tahu 100% kenapa) and mak aku kata sebab aku letak pada suhu yg TERAMAT panas iaitu...6 (Maximum)
Aku tak prasan mahupun adjust suhu iron tu =.="
Patutlaaaaa berlubang. Terpaksa laaa buang >_>


Sejak tu, aku tak pegang walaupun seinci pown iron.
Ironing board pown tak berani O____o
Oh well...aku nak belah makan (sekarang pukul 7:26 pm)
Abang Afiz hanya kasik masa 7 minit untuk makan >.<

Oh yeah!!! Cakap pasal Afiz...
Akademi Fantasia...

1. Hafiz (YESSS!!!)
2. Aril (NOOOOOOOO!!!)
3. Akim (YESSSS!!!!!!)
4. Yazid (NOOOOOOO!!!)
5. Isma (No Comment)

Nampak sesangat yg Tomok tak guna 1 juta ringget yg dia mng dlm OIAM utk tolong kakak dia =.="
Wakakaka~!!
BYEEEE

0 comments. on "Auuuuchak >.<"

Post a Comment