7.4.09

N@K C@k@p P@S@l @p@ @h?

posted by Elena ♥ at 7.4.09
Humphhh...
Bosan skrg ni...
Org yg tengah online, dua2 ngah busy O_O"
Sorang tipah, sorang alien
Sambil2 tu, dengar ah lagu "Lucky" - Jason Mraz
Tadi, aku ngah relax2, tetiba je ada lagu Happy Boom Boom
Baru aku teringat yg aku letak lagu tu sebagai ringtone ngan alarm handphone aku!
Menakotkan org je. Aku ingat bunyi apalah yg sedang mengacau =.="
Rupanya alarm utk g solat Isya'

Aku telah bitau satu rahsia ____ kat sorang kwn baik aku...
Mampos aku kalau ____ tahu aku bitau org lain :(
Tapi, orang yang aku bitau tu, mulut dia ada insuran gak.
Pandai kunci rahsia dalam kotak simpa harta karun
Jadi, no problem lah kowt.

Welcome to the Secret In Mind Sdn. Bhd.

ROFLMAO!
Kekadang, terpikir gak.
"Kol bape aku nak tido ni?"
Haih~~~
Esok pagi, semestinya bagus LEWAT
Hari ni dah lambat dah. Naseb baik cikgu blom masok lagi.
Dah lah tangga pejabat tu tokleh guna.
Geram!!! Kena ambik jalan jauh.

"CIKGU! SAYA PENATLAH!!!"

Nak aje aku bitau ayat tu kat cikgu sebaik sahaja cikgu umumkan bahawa tokleh guna tangga pejabat =.="
Tapi, nak buat camne?
Aku terlambat pown terpaksa guna jalan jauh.
Takot nak guna jalan pintas...
Mana tahu tetiba terserempak ngan guru besar.
Mampos aku!
Lagi skali aku akan dicop sebagai pengawas x de kualiti O_O"
Tak nak aku ambik risiko...
Kalau x dapat 5A pown...mampoi

Esok skolah.
Rasa excited + nervous + gelabah nak dapat ketas ujian
Camne lah agaknya markah aku?
Soalan tu asyik2 muncol dlm kepala hotak aku dari aku balik skolah.
Dah Pemahaman ngan Science aku banyak buat careless,
mestilah aku gementar dah!

Campo ni ngan tu, ngan ni ngan tu.
Ko tengok je aku senang lenang x buat pape tapi guna komputer 24/7 =.="
Aku ada keja gak!!! Tapi macam biasa lah --- LAST MINUTE!
Aku tak pernah nak buat keje siap awl awl.
Pernah lah, sekali dua...kekadang je!
Biasanya Last Minute~~~
Nk ujian pown setiap hari, pegang buku...
buat latihan, sikit, sikit, sikit
Sampai hari Jumaat, Sabtu ngan Ahad,
BARU AKU NAK BLAJAR BERSUNGGUH SUNGGUH
Masa tu, bukan menghadap komputer,
menghadap buku je 24 jam!
Macam x pernah baca buku =.="

Mak aku panggil
"Na~~~ Makan!!!"

Aku x lepaskan buku.
Sampai kat meja makan pown ada buku kat tangan.
Bila makan, tangan kanan makan, tangan kiri pegang buku.
Khusyuk gilerrr~~~!!!
Tu pown, soalan ujian masih susah.
Nampaknya, dah habis buku Vista ngan Longman aku,
terpaksa ah aku beli buku yang lebih susah soalannya.
Nak pandailah kononnya =.="

Terpikir gak nak gi tuisyen.
Mencari calon tuisyen yang sesuai dan harga yang berpatutan :D

Aik? Jap...
Aku dah buat jadual waktu ke blom?
TENGOK!
Jadual pown blom buat.
Terhegeh-hegeh.

Urghh...K ah, aku rasa dah banyak dah kowt aku tulis ni.
Tata ^^

0 comments. on "N@K C@k@p P@S@l @p@ @h?"

Post a Comment